sekolah agama Al-Quran waddin
pelajar-pelajar tingkatan 2 sekolah waddin sedang menghadapi peperiksaan SMRA negeri johor yang di selenggara oleh majlis agama negeri johor. peperiksaan ini untuk melayakkan pelajar mengambil peperiksaan SMA di tingkatan 4. sijil ini sama seperti sijil kelayakkan di sekolah menegah di timur tengah.pelajar boleh menggunakan sijil ini untuk menyambung pengajian di timur tengah melalui agensi-agensi yang mengambil mou dengan institusi di sana. selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar SMRA.
28.10.09
26.10.09
pahlawan neraka
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
24.10.09
LOKASI
JLN PADANG 1, KAMPUNG MELAYU STULANG BARU,
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
SEJARAH
Sekolah Menengah Agama Al-Quran Waddin mula ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Allahyarham Tn. Hj. Marzuki bin Hj. Abd Salam dengan bantuan beberapa orang rakannya hasil perundingan dengan Allahyarham Tuan Hj. Sulaiman bin Ibrahim. Sekolah ini bermula dengan bangunan separuh kekal yang mana boleh menampung 60 orang pelajar sahaja pada tahun 1960. Kemudian untuk menampung pelajar yang semakin bertambah banyak bangunan baru telah dibina.
Pada tahun 1998, sebuah bangunan sekolah 4 tingkat jenis kekal dibina. Terdapat 2 bangunan asrama putera dan puteri. Pada tahun 2002 sebuah lagi bangunan dibina 4 tingkat jenis kekal dan sebuah bangunan kantin serta surau. Bangunan 4 tingkat asrama putera dan puteri akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikan bangunan lama dengan menelan belanja kira-kira 4.5 juta atas bantuan wang kerajaan.
Sekolah ini menyediakan dwi kurikulum iaitu kurikulum arab (Bu'uth Al-Azhar) dan Akademik (KBSM). Sekolah ini telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta sumbangan masyarakat.
Kini SMA Al-Quran Waddin merupakan Sekolah Menegah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mula diperkenalkan pada tahun 2005. Merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Hj. Abdullah bin Ahmad Badawi bagi memperkasakan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran Sekolah Agama Rakyat(SAR) untuk memastikan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan keunggulan budi pekerti.
MISI SEKOLAH
Mengamalkan budaya cemerlang melalui usaha-usaha peningkatan yang berterusan untuk melahirkan individu yang teguh kepada akidah dan syariah islam, berilmu, berketrampilan serta berakhlak mulia berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
VISI SEKOLAH
SMA Al-Quran Waddin menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) cemerlang menjelang tahun 2011.
OBJEKTIF
Untuk menjadikan SMA AL-Quran Waddin sebagai SABK yang cemerlang dengan melahirkan pelajar yang lulus 100% dalam peperiksaan, berjaya dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya ke peringkat daerah dan memiliki sahsiah yang cemerlang .
MOTTO
BERILMU
BERAMAL
BERJAYA
Dibangukan oleh Bahagian Teknologi maklumat SABK

Langgan:
Catatan (Atom)